Saturday, December 31, 2011

Puasa Sunat 2012


Selamat Tinggal 2011 & Selamat Datang 2012..
Rajin-rajin puasa sunat tau! =D

Tuesday, December 20, 2011

Hutang RM3.00

Budak kecik pun dah pandai cara-cara berhutang walau jumlah yg kecil kejujuran tetap diutamakan...


"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, meka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya...." [2:282]

Thursday, December 15, 2011

Baby oh Baby!



hahaha.. memang kelakar bila tengok, tapi pada sesiapa yg mengalaminya memang tension aje.. especially bila tengah letih/ngantuk.. arrgghh..

Aku dah pernah alami situasi "H is for Hell", "Snow Angel" and "Jazz Hands".. ngeh3..

Saturday, December 10, 2011

Satu hal yang..

1 hal yang membuat kita Bahagia adalah CINTA dan KASIH SAYANG;
1 hal yang membuat kita tambah Dewasa adalah TANTANGAN dan PELUANG;
1 hal yang dapat membuat kita Hancur adalah MENYERAH dan PUTUS ASA;
1 hal yang membuat kita Maju
adalah USAHA dalam CIPTA,
KARSA dan KARYA;
1 hal yang membuat kita Kuat
adalah DOA dan TAWAKAL....

Thursday, June 30, 2011

The Day..


Debaran detik menyambut orang baru semakin hampir. Macam biasa pagi bersiap-siap nak ke Pusat Perubatan An-Nisa' untuk routine check ups. Beg hospital telah ku siapkan 2 hari lepas. 85% kami jangkakan ini last check ups dan akan ditahan. Sebabnya last week check ups, Doktor Ros dah highlight kekurangan Amniotic Fluid aka air ketuban. Setakat ni aku masih segar bugar takde pun rasa sakit apa2.. sebenarnya dalam beberapa hari ni aku dok sibuk tanya sana sini macamana rasa sakit bersalin tu..

Maklumlah, pengalaman pertama si abang keluar kira belum sampai waktunya (38 weeks-dengan Dr Zamri di Darul Ehsan Medical Centre). Masa tu dah abis induced dari pil hingga ke masuk air 2botol sampai Dr Zamri kata jalan tak buka, baby pulak shy-shy cat tak mahu turun.. Dr bagi pilihan samada balik rumah dulu tunggu sampai sakit baru datang hospital atau suruh baby keluar ikut tingkap. Aku ok aje nak balik rumah, tapi husband lak kata baik ikut tingkap sebab kesian tengok banyak wayar kat badan aku. hahaha... kes takut panik lah ni.. En Husband memang tak boleh panik walaupun hal kecik, kalau dia panik.. abis timbul masalah-masalah lain lak!

Oklah back to An-Nisa'.. sampai aje turn aku jumpa Dr Roseliza, dia kata air ketuban dah kurang sangat dah, petang tu kena induce. (Induced tu cuma diberi ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran samada dimasukkn pil ikut vagina atau induced drip. induced ni sebagai pencetus kontraksi sebab sakit natural birth tu lom datang, dan induced jugak bantu bukaan rahim tu cepat terbuka) Org kata kalau induced lagi sakit teruk daripada sakit bersalin normal.. mm.. entahlah.. maybe kot? sbb kena paksa sakit!

Well lepas proses isi borang register di kaunter, terus dibawa ke katil sementara. En Husband dah book untuk bilik sorang, bukannya apa.. si abang ni suka bertanya & banyak mulut so taknak lah ganggu orang lain. Lagipun senang kalau bilik sendiri, ramai2 boleh berkampung dalam bilik dengan aku.. ngeh.. ngeh..ngeh..

Lepas tunggu punya tunggu.. adalah 2jam gitu akhirnya bilik persendirian dah disiapkan (sebab ada orang lambat check out).

Jenis Wad & Bilik yang ada kat sini..
  • Wad Sayang 1 (5 katil/wad) RM70.00 sehari
  • Wad Sayang 2 (4 katil/wad) RM80.00 sehari
  • Bilik Kasih (perseorangan) RM150.00 sehari (kalau tak silap ada 3 bilik aje)
  • Bilik Cinta (perseorangan) RM200.00sehari (kalau tak silap ada 2 bilik aje)

Ni bilik aku "KASIH 2"

Well, semuanya nampak ok cuma fridge tu tak berfungsi langsung! Nak complaint pun malas, sebab bukannya ada benda nak letak.. Masa ni dah induce sekali dah.. so far takde sakit apa.. dah check Cardio Tocograf (CTG) pun tak menunjukkan respond positif.

Si Abang & En Husband solat maghrib dlm bilik ku

Malam tu pakat tidur dengan nyenyaknyee.. Gut nite! ZZzzzzzzz...

Seawal jam 0700hrs, mereka dah start check CTG.. masih takde apa-apa contraction..
aduihh.. nampaknya mcm nak kena ikut tingkap lagi ke??
En husband gi bus station pick up my mom.. Thank you mom!

Ni menu breakfast aku.. roti bakar+jem+marjerin+milo..
menu sihat aka menu org pantang gak..
kalo hari2 makan mcm ni mau kurus aku dibuatnya.. ngeh ngeh ngeh.. :P
Lepas siap makan, mereka induce aku lagi..

Jam 0830hrs mereka check CTG lagi..
result dah ada contraction tapi aku tak rasa apa2 pulak..
Baby gerak aktif..

Ni menu lunch aku lak..
semalam lagi dah order, semua menu orang pantang..
hihihi.. ni favourite si abang ni.. nasi & sup..
si abang makan lebih daripada separuh!
Lepas lunch pakat pot pet pot pet sambil tengok tv..

Jam 1445hrs mereka check CTG lagi..
Ada contraction tapi tak tinggi..
Aku lak masih tak rasa apa lagi..
aku pun tak tahu rasa contraction tu macamana?!
Ada org kata mcm perut memulas2 nak buang air besar.. haiss.. entahlah..

Jam 1830hrs mereka induced buat kali ke 3 &
jam 1850hrs mereka hantar dinner..
aku sengaja pilih bubur favourite si abang..
Terpaksa tunggu si abang bangun tidur kepenatan..

Jam 1930hrs mereka check CTG lagi..
nampaknya contraction makin kuat..

so far aku rasa lapar aje.. sebab si abang masih belum bangun, bubur dah semakin sejuk.. dalam jam 2000hrs, Dr Roseliza datang jenguk & check.. katanya dah buka 1cm.. alahaiii.. lamanya nak tunggu 10cm. Dr Roseliza kata sekiranya masih takde progress, esok kena Laparatomy with Cystectomy aka operate ler..

Dalam jam 2130hrs, aku dah start rasa macam cramp/period pain.. err.. ini ke yang dikatakan contraction?? Jam 2230hrs, aku dah tak tahan sakit (cepatnye?!).. terpaksa panggil bantuan.. mereka bagi bius kurangkan skit sakit aka ubat tidur.. mereka check baru 3cm.. aduihh! lamanya nak tunggu 10cm.. dalam bilikku dah ada adik ipar & sepupu sepapat aku (jiran aku makcik urut Kak Nah pun singgah jap) dok berbual, Terima kasih sebab datang melawat tapi sori lah aku busy menahan sakit. Kak Nah kata walau anak nak masuk dua, ni kira anak sulong bersalin normal so sakitnya memang kuat la.. tak lama tu.. aku pun tertidur (aku tak tengok jam dah, maybe sebab ubat bius tadi kot?).. Dalam jam 2330hrs gitu, aku terbangun rasa mcm nak terkencing.. tapi aku tahan aje la.. aduihh.. perut start cramp semula.. serentak rasa macamana ni?! rasa nak terkencing sangat dah nie... tetiba aku rasa air keluar dengan banyaknya atas katil! aduihh.. aku minta En husband panggilkan bantuan kerana aku rasa dah terkencing dah.. bila mereka datang check, rupanya yang keluar tu air ketuban! Mereka get ready untuk masukkan aku dalam labour room..

Alhamdulillah.. akhirnya tepat 0046hrs lahirlah puteraku yang kedua..

*Ciuman pertama dari si abang kepada adiknya*

Monday, June 13, 2011

Work To Live, Not Live To Work

1. Work is never ending process. You can never finish the work.

2. Interest of a client is not more important than your family.

3. If you fail in life your boss or client will not be the person to offer a helping hand but your family and friends will do.

4. Life does not mean coming to office, going home and sleeping. There is more to a life. You need time to socialize, entertainment, exercise and relaxation. Don’t make your life meaningless.

5. A person who sits in office till late is not a hardworking person. He just doesn’t know how to manage work within the stipulated time.

6. You did not study hard and struggle just to have a meaningless life.

Have a balance life.

Tuesday, June 7, 2011

Lirik Pintu Taubat - Zivilia


Pintu Taubat - Zivilia

Tersadar ku dari khilafku
Bersujud memohon ampunan
Atas segala dosa-dosaku
Yang telah lelahkan hatiku

Kebesaranmu ya Allah
Kasih sayang dan rahmat-Mu
Dalam sadar ku terlupa mengucap syukur

Dalam sujud ku berdoa
Dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah bukalah pintu taubat-Mu

Entah kapan ajal menjemputku
Mungkin esok hanya Kau yang tahu
Mungkin usiaku tak cukup lagi
Untuk hapuskan segala dosaku

Kebesaranmu ya Allah
Kasih sayang dan rahmat-Mu
Dalam sadar ku terlupa mengucap syukur

Dalam sujud ku berdoa
Dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah bukalah pintu taubat-Mu

Aku hina dan tak pantas memohon ampunan
Tapi hanya Engkau tempatku untuk meminta ooh

Kebesaranmu ya Allah
Kasih sayang dan rahmat-Mu
Dalam sadar ku terlupa mengucap syukur

Dalam sujud ku berdoa
Dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah bukalah pintu taubat-Mu

Dalam sujud ku berdoa
Dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah ampunkan semua dosaku

Thursday, February 10, 2011

Monday, January 3, 2011

Video Lawak : Ijab & Kabul.. :)

Buat bakal-bakal suami.. Uols bersedialah dari segi mental & fizikal ye..
Jangan ingat nak lafaz akad nikah tu senang tau.. ngeh3..
Good luck! :P