Friday, January 27, 2012

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (Hand Foot and Mouth Disease - HFMD)

Hari ni aku dapat tahu anak sedara aku kena tahan lak kat Pusrawi sebab penyakit HFMD nie.. (Dun wori, semua ditanggung oleh Perodua! ngeh3.. Thank you Perodua!)

Sini aku share skit info yang aku dapat dari internet gak..

Penyakit kaki, tangan dan mulut ini (HFMD) disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai Coxsakie virus A. Biasanya kanak-kanak yang terkena penyakit ini akan mengalami kesan kemerah-merahan dan kadang-kadang gelembung kecil yang mengandungi cecair pada bahagian tapak tangan, tapak kaki atau pada bahagian lutut, siku atau punggung. Kesan sebegini boleh juga terdapat pada bahagian tubuh lain tetapi selalunya tidak kerap kelihatan. Di samping itu terdapat ulser pada bahagian mulut samada pada lidah, bibir dalam ataupun lelangit mulut.

Ulser pada lidah pada pesakit HFMD



Biasanya kanak-kanak yang diserang penyakit ini tidak megalami demam yang kuat dan aktif seperti biasa, cuma ulser pada bahagian mulut menyebabkan kanak-kanak ini kurang menyusu atau makan disebabkan sakit apabila terkena sentuhan.

Kesan HFMD pada tapak tangan

Kesan penyakit HFMD pada bahagian kaki dan tapak kaki

Kesan pada bahagian tangan dan kaki ini akan hilang dalam masa 5 hari ke seminggu. Namun begitu jika terdapat demam yang tinggi, tidak aktif atau tidak mahu menyusu langsung maka perlulah membawa mereka berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Rawatan bagi penyakit ini adalah secara simptomatik sahaja. Ubat demam dan ubat untuk megurangkan sakit ulser mulut biasanya diberi kepada pesakit ini.

Penyakit ini boleh disebarkan melalui sentuhan maka adalah perlu untuk kanak-kanak yang terkena panyakit ini diasingkan daripada kanak-kanak lain sehingga mereka sembuh. Disamping itu penjagaan kebersihan seperti membasuh tangan perlu bagi mengurangkan transmisi penyakit ini.

Sunday, January 22, 2012

Dilema PRU 13

Pilihanraya mungkin diadakan bila2 masa aje.. Paling lewat ada setahun aje lagi hingga March 2013. Nampaknya berat juga nak buat keputusan nih.. hihihi.. aku bukannya pengundi atas pagar tau.. aku dalam dilema dalam buat keputusan lain aaa..

Aku dah bermaustation/tinggal di Kota Bahru, Kelantan, ikut Mykad kena kawasan mengundi di Johor Bahru.. Husband lak Mykad alamat KL tapi dapat mengundi di Lundang, Kota Bahru. Aduihhh.. macamana nie?? Bukan pelik tempat mengundi berbeza dengan Mykad tapi macamana hari mengundi nanti? Patut ke aku travel ke JB semata2 untuk mengundi sebab husband aku kata pergilah mengundi tapi anak2 tinggal di Kota Bahru.. aduihhh! serba salah lah pulak.. takkan lah nak tukar alamat Mykad pulak?! camne nie?? Tak mengundi rasa rugi giler! rasanya mcm terpaksa kena tukar lah alamat Mykad nie.. tapi.. adehhh.. adehh.. lepas berjaya mengundi di Kota Bahru, tukar balik alamat JB semula.. ngeh3.. boleh gitu?? dapat 3, 4 juta mcm citizen aku ni mau pening komputer JPN! ngeh3..


Oh ya.. Kekawan, jangan lah kata SPR sesuka tukar tempat mengundi pulak ye??! Sebab masa zaman muda2, husband (kelahiran Kelate) mula register dengan SPR guna IC lama gambar muka pun masa umo budok sekolah menengah (ala.. yg laminate plastic kertas color biru tu.. yg handwriting guna tulisan tangan tu laa)!!

Ni la IC lama tu..

Bila kerajaan gesa tukar jenis IC lama ke Mykad, encik husband pun tukar ler.. tapi dia letak alamat rumah KL je (ye laa.. masa tu lak dia dah besau panjang, dah ada umah sendiri 2, 3 bijik).

Ni versi IC lepas IC plastik tu (contoh aje)...

Encik husband lak malas nak report kat SPR dia tukar alamat sebab dia pun dah planning nak bermaustatin semula ke tempat asal. itulah puncanya tempat mengundi tak sama dengan IC a.k.a Mykad!

Mykad versi pertama (kiri) & Mykad terkini/terbaru (kanan)

Sunday, January 15, 2012

Life is so Beautiful..


Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan perjalanan, nikmatilah.
Hidup adalah tantangan, hadapilah.
Hidup adalah anugerah, terimalah.
Hidup adalah pertandingan, menangkanlah.
Hidup adalah tugas, selesaikanlah.
Hidup adalah cita-cita, capailah.
Hidup adalah misteri, singkapkanlah.
Hidup adalah kesempatan, ambillah.
Hidup adalah lagu, nyanyikanlah.
Hidup adalah janji, penuhilah.
Hidup adalah keindahan, bersyukurlah.
Hidup adalah teka-teki, pecahkanlah.

Saturday, January 14, 2012

Kejutan MAS di KLIA!



Passengers arriving at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) on Saturday, 14 January 2012 were greeted with a flash mob as they made their way out of the Arrival Hall on Level 3. Much to the delight of unsuspecting onlookers, plus the odd stare in disbelief, visitors at KLIA witnessed some 100 singers and dancers break into spontaneous entertainment as part of Malaysia Airlines' special flash mob event held to welcome the New Year with a bang.

Themed 'Missing You', the flash mob at the Arrival Hall lasting 10 minutes featured a fun medley of eight popular hit songs in various languages.

The event kick-started with Malaysia Airlines' theme song "We fly" followed by Janet Jackson's racy track 'Miss You Much' to set the tone for the flash mob in which a young man with a guitar in hand walked up to his girlfriend and suddenly broke into a song and dance. This was immediately followed in another corner of the Hall by a supposedly heart-broken young man belting out Rahim Maarof's hit 'Istana Menanti' backed by a group singing acapella echoing his emotion. Soon after, the melodious sounds of popular Hindi tune 'Aankhein Khuli' from the movie Mohabbatein filled the air.

'My Boyfriend's Back' showcased a group of guys returning from holiday only to be greeted by an enthusiastic group of girlfriends. Next was Richie Ren's version of 'Lang Hua Yi Duo Duo' sung by a group of Chinese tourist lads, complete with group leader waving a flag, on their way out of the Arrival Hall door. Saving the best for last, the flash mob continued with hits 'Rindu', 'Balik Kampung' and 'Signed, Sealed, Delivered,' featuring Malaysia Airlines cabin crew in full uniform.

The 'Missing You' flash mob finale was a 200-strong group performance of 'Akan Datang' which had the audience clapping and cheering on the performers.

Flash mob is a new trend worldwide involving a sizeable group of people who, out-of-the-blue, break into a dance act at a public place, for just a brief time, and disperse into the crowd as soon as it ends.

Malaysia Airlines' flash mob was put together with the talents from Kit Kat Klub a subsidiary of Enfiniti Vision Media, Malaysia Airlines staff & family, students from Unisel and renowned Malaysian professional dance choreographer Pat Ibrahim of Puteri Gunung Ledang, P. Ramlee and The Secret Life of Nora musicals fame.

Berita Baik!



(99) حَتَّى إِذا جاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قالَ رَبِّ ارْجِعُونِ َ
Hingga kelak bila maut telah datang kepada masing-masing mereka, dia akan berkata: Tuhanku; kembalikan sajalah aku ke dunia.

(100) لَعَلِّي أَعْمَلُ صالِحاً فيما تَرَكْتُ كَلاَّ إِنَّها كَلِمَةٌ هُوَ قائِلُها وَ مِنْ وَرائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلى يَوْمِ يُبْعَثُونَ َ
Supaya aku kerjakan amal yang shalih, yang dahulu telah ku­tinggalkan. Tidak sekali-kali! Itu cuma kata-kata yang diucapkan­nya saja. Sedang di belakang mereka telah ada barzakh (din­ding pembatas), sampai kelak kepada hari mereka akan di­bangkitkan...

Mana berita baiknya?

Berita baiknya.. kita masih bernyawa!

Ayuh bangun kerjakan solat dan beristighfar dan berselawat..

Jangan tunggu esok hari kerana mungkin esok kita telah menjadi seperti mereka yang disebutkan dalam ayat di atas..

Thursday, January 12, 2012

Jenaka : Ayam & Kambing

Ayam: Kambing, pekabo?

Kambing: Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok reaksi engko.

Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam,kan?

Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.

Kambing: Apa?

Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak…

Wednesday, January 11, 2012

Apa dah jadi dengan perkhidmatan Poslaju?



Aduihhh!! Ni bukan kali pertama mereka lewat..
Lagipun aku bukannya tinggal di pendalaman Sarawak!
Bila diumumkan naik kos perkhidmatan, aku nak protes tapi bila difikir2kan..
mm.. takpelah naik skit sebab memang dah bertahun2 tak pernah naik
& aku harapkan juga mereka boleh pertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka.
Tapi hampeh! Kalau aku gunakan pos parcel ke lain la!
Ni aku bayar harga untuk poslaju, tapi servis taklah selaju mana..

Dulu dah pernah tanya dengan penghantar Poslaju sendiri,
mereka kata tak cukup kenderaan sebab kenderaan kena hantar Puspakom.
Kali kedua lewat, bukan aku yg sambut..
Last week ada brg lewat, alasannya van hanya ada 1 untuk cover seluruh
Kota Bahru. Van yang ada tu semalam busy hantar area Pengkalan Chepa!
What?!! Apa dah jadi nie? Walaupun Kota Bahru tak lah sesibuk Kuala Lumpur
tapi Pos Malaysia patut usahakan sesuatu untuk mengatasi masalah ini.

Minggu ni sekali lagi berlaku! arrgghh.. customer dah call banyak kali
dah tak tahu nak cakap apa dah.. tu tak termasuk customer cancel order!
Barang sepatutnya sampai semalam tapi tak sampai2..
Hari ni pun tak sampai jugak.. aduihh..



Tuesday, January 10, 2012

Anak Asset ke Syurga atau Neraka?



Kata-kata sebuah hadis Rasullah (s.a.w) "Setiap anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapa lah yang bertanggungjawab menjadikan anak-anak itu Yahudi, Majusi atau Nasrani."

Ini jelas menunjukkan ibubapa lah yang menentukan akidah anak-anak. Bila datang persoalan setiap anak-anak bermasalah, mereka akan menyalahkan ibu bapanya tidak mendidik mereka. Realitinya ramai ibu bapa tertekan sengsara dan memendam rasa atas tindak tanduk dan kata-kata anak mereka sendiri.

Wahai ibu bapa.. pada hari ini, anak-anak nampak agama itu kecil, maka tanggungjawab ibu bapa bagi anak-anak nampak agama itu besar! Kalau lah ibu bapa meninggaldunia, adakah anak-anak kita sendiri akan berdiri beratur untuk memandikan, mengkafankan & menyembahyangkan kita??!


Ya Allah, jangan lah kau tarik nyawa ibu bapa ku sebelum aku belajar menguruskan jenazah.

Rasulullah (s.a.w) telah memberitahu kita bahawa apakala mati seorang anak Adam, maka terputuslah dia dari mendapat sebarang kebaikan dari dunia kecuali 3 perkara yg menguntungkannya dalam alam kubur dan akhirnya di akhirat kelak; iaitu: pertama, amal ibadah yg dikerjakannya sepanjang hidupnya; kedua, sedekah jariah termasuklah wang atau harta yg dibelanjakannya untuk infaq fi sabilillah; dan ketiga, anak-anak yg soleh dan solehah yg sentiasa mendoakan kebaikan atau kesejahteraan atasnya, semasa mereka masih hidup.

Monday, January 9, 2012

Anyone over the age of 35 should read this, as I copied this from a friends status ..


Checking out at the supermarket recently, the young cashier suggested I should bring my own bags because plastic bags weren’t good for the environment. I apologized and explained, “We didn’t have this green thing back in my earlier days“.

The clerk responded, “That’s our problem today. Your generation did not care enough to save our environment for future generations“.

She was right about one thing–our generation didn’t have the green thing in “Our” day. So what did we have back then? After some reflection and soul-searching on “Our” day, here’s what I remembered we did have….

Back then, we returned milk bottles, pop bottles and beer bottles to the store. The store sent them back to the plant to be washed and sterilized and refilled, so it could use the same bottles repeatedly. So they really were recycled. But we didn’t have the green thing back in our day.

We walked up stairs, because we didn’t have an escalator in every store and office building. We walked to the grocery store and didn’t climb into a 300-horsepower machine every time we had to go two blocks. But she was right. We didn’t have the green thing in our day.

Back then, we washed the baby’s nappies because we didn’t have the throw-away kind. We dried clothes on a line, not in an energy gobbling machine burning up 240 volts — wind and solar power really did dry our clothes back in our early days. Kids got hand-me-down clothes from their brothers or sisters, not always brand-new clothing. But that young lady is right. We didn’t have the green thing back in our day.

Back then, we had one TV, or radio, in the house — not a TV in every room. And the TV had a small screen the size of a handkerchief (remember them?), not a screen the size of Wales. In the kitchen, we blended & stirred by hand because we didn’t have electric machines to do everything for us. When we packaged a fragile item to send in the mail, we used wadded up old newspapers to cushion it, not Styrofoam or plastic bubble wrap.

Back then, we didn’t fire up an engine and burn petrol just to cut the lawn. We used a push mower that ran on human power. We exercised by working so we didn’t need to go to a health club to run on treadmills that operate on electricity. But she’s right. We didn’t have the green thing back then.

We drank from a water fountain when we were thirsty instead of using a cup or a plastic bottle every time we had a drink of water. We refilled writing pens with ink instead of buying a new pen, and we replaced the razor blades in a razor instead of throwing away the whole razor just because the blade got dull. But we didn’t have the green thing back then.

Back then, people took the bus, and kids rode their bikes to school or walked instead of turning their mums into a 24-hour taxi service. We had one electrical outlet in a room, not an entire bank of sockets to power a dozen appliances. And we didn’t need a computerized gadget to receive a signal beamed from satellites 2,000 miles out in space in order to find the nearest pizza joint.

But isn’t it sad the current generation laments how wasteful we old folks were just because we didn’t have the green thing back then?

Please post this on your Facebook profile so another selfish old person who needs a lesson in conservation from a smarty-pants young person can add to this

Sunday, January 8, 2012

Welcome Dragon! [23 Jan 2012]



Year of the Dragon (龙)
Naga (Cina Tradisional: 龍, Cina Ringkas: 龙) ialah bintang haiwan yang kelima dan satu-satunya makhluk mitos dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Di China, naga dikaitkan dengan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah; patung naga diletakkan di atas pintu atau bumbung untuk mengusir iblis dan puaka. Dalam budaya Cina, tahun Naga paling digemari ibu bapa untuk melahirkan anak.

To all my Chinese friends and family members..
I wish you all
a very happy and prosperous Chinese New Year 2012!

boom boom chenggggg!!

Saturday, January 7, 2012

5A dalam UPSR

Kisah Benar dari radio IKIM.FM

Pelajar : Ustazah, doakan saya ustazah,saya nak dapat 5A dalam UPSR ni.Serius!
Ustazah : Ya, Insya Allah saya doakan.
Pelajar : Ustazah kata nak doakan,tapi ustazah tak mintak nama saya pun.
Ustazah : Ya,apa nama awak?
Pelajar : Adam, ustazah.
Ustazah : Kenapa awak macam beria-ia sangat ni?
Pelajar : Saya kena dapatkan 5A jugak,sebab saya nak tuntut hadiah dari mak saya. Mak saya kata, kalau saya dapat 5A, saya boleh mintak apa saja. Mak saya tak tahu lagi apa saya nak.
Ustazah : Boleh ustazah tahu apa permintaan Adam?
Pelajar : Saya nak mak saya tutup aurat ustazah. Ustazah terkejut dan terharu,lantas beliau mengangkat dua tangannya dan terus berdoa pada si pelajar tadi.

Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara

Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara:

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.


Penjelasan:
1. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.

2. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.

3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda menghadapNYA.

4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.

5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.

Renung-renungkan dan selamat beramal!

*sumber: Oh! Islam*

Friday, January 6, 2012

.:: ♥Jodoh ♥ Usah mencari yang "Terlalu sempurna" ::.


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!


Thursday, January 5, 2012

Runtuhnya sebuah M.A.S.J.I.D.

H.A.P.P.I.N.E.S.S.
will never come to those
who
don't appreciate
what they already have


Hari ini aku dapat berita tak disangka-sangka...
Couple (aka sahabat) yg selalu panggil Anje.. Ayang.. Anje.. Ayang..
akhirnya sedang dok countdown hari perbicaraan mahkamah utk lafaz cerai!
Aduihh.. kesian kat bebudak yang kat rumah tu..
Bukannya sorang tapi berderet2 dah..
Jodoh, Maut, Rezeki ditangan Allah akan tetapi ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri berusaha untuk mengubahnya.

Tak tahu di mana silapnya,
si suami busy kerja ka? (Walhal belum jam 6pm dah hilang dah..)
si isteri banyak kerja rumah ka? (dah siap maid lagi..)
Duit takde? (baru aje beli umah baru+mampu sewa rumah RM2000 sebulan!)
Punya lah romantik dok sambut birthday la..
celebrate anniversary tiap tahun la..
tup! tup! dah nak cerai.. alahai mudahnya..
Puncanya si isteri sibuk belajar agama mencari yang satu..
Gurunya kata "Andai dalam perjalanan kita mencari mencari yang satu
itu jadi penghalang, maka tinggalkan penghalang itu
"

Entahlah.. aku rasa ni dah macam ala ala ajaran sesat gak ni..
Tinggalkan si suami 1 hal la.. ni sanggup si isteri tu tinggalkan anak-anak?!
Nak kata si suami tak solat, yang aku tengok dia solat diawal waktu ada la..
Nak kata si suami out station? si suami buat pelbagai alasan elak o/s ada la..
Nak kata si suami berpoya2? rasanya tak la kot sbb si suami ada
skit kureng dari segi penampilan..

Anyway, conclusionnya ialah..

Scuba Refreshner - Getting Rusty!

Hari ni tetiba terpandang promotion "Refresh your diving skills" by one of my FB friend.. arrghh.. terasa lama benar tak dive. Dah tak ingat macamana nak assemble all those equipments pun!

Live On Board! On MV Grace to Tenggol..

Wednesday, January 4, 2012

Kisah Kaabah yang tidak diketahui ramai


Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.





1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

- Sumber : zaidimokhtar.com

Tuesday, January 3, 2012

Akibat Blackberry.. hidupku berubah..



Akibat - akibat Blackberry hidupku berubah :

1. Naik kete asik kene hon, smpi disarankan pasang stiker di belakang kete "harap sabar, BlackBerry user"

2. Mata jadi agak rabun.

3. Pening wktu Tidur kerana menunggu pasangan chat sambil di tangan.

4. Suka senyum2 sendiri :D tak konsisten kerja :s bangun pagi, yang pertama dicari dulu bukan yang lain =D

5. Jarang marah tapi sering dimarah org kerana diajak sembang tak nak menyahut

6. Kalo di tempat umum suka panik. Baterry nak kong!!!!! X_X

7. Sering lupa tekan butang lift. Yg naik kadang2 turun X_X. :D

8. Kalo dlm bank pakai no giliran, no. dipanggil di speaker x dengar. Tp kepala tgk screen BB, x kisah ambek no. giliran lg.... tetap tenang :|

9. Langganan majalah dan novel baru msh tersusun rapi x terbaca pon :O

10. Selalu tersandung batu sbb kalo jln... mata tertuju kt screen X_X

12. Tangan semakin jarang berehat. Kalau x chatting, msti ade je kt tangan! X sempat nk simpan dlm casing. Kalo boleh.. Nak kene jait dgn tgn tu >:/

13. Kalau tertinggal dompet x panik,tp kalo tertinggal blackberry... Mcm nak kiamat bumi

14. Ditanya nombor IC, tapi dia sebut pin BB :s. Kalo nak tidur, ganti status ввм : tidur dulu ah (=|

15. Mengalami kematu di hujung jari :& :'( . Lebih baik byr bil tepon utk drpd beli snek ringan(y)

16. Jiwa kacau kalau Track Pad sangkut >:O. Padahal nak cepat balas comment / •̸Ϟ 3-|

17. Doa cuma kejap je.. Tibe2 sudah tu...amin O:) kalau bole layan berjam2, taubat woii.. taubattt =D

18. Kusyuk baca mesej ni sampai tak sedar kalau point no 11 tak ada sebenarnya! Нªª=))нªª ;) нªª :p нªª :D

19. Yahhh.. Ku sibuk gerakkan jari mencari tetapi x tahu apa yang di cari =D =)) =D =))

20. Kalau dah sedar senyum sorang2 =)) =D

21. Abis baca ni mesti fikir utk kirim ke org lain kn? =D HAHAHA =) gotcha!

Monday, January 2, 2012

Derma Darah



Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Saya kongsi kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
2. Berumur di antara 18-60 tahun.
· Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
· Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3. Berat badan melebihi 45 kg.
4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan
· Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan
· Sila rujkuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
· Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
· Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
· Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
· Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
· Mengambil dadah secara suntikan
· Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
10.Untuk penderma wanita:
· Tidak mengandung.
· Tidak datang haid.
· Tidak menyusukan anak.

Jenis-Jenis Pendermaan
Pendermaan tidak hanya tertumpu kepada darah merah sahaja, malah terdapat komponen-komponen lain di dalam darah yang boleh di dermakan antaranya

1. Penderma ‘Whole blood’

Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:
Sel darah merah
Sel darah putih
Platelet
Plasma

Darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan.

Masa yang diambil untuk menderma darah adalah di antara 7 hingga 10 minit tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang 1 jam. Sebelum menderma darah anda dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam.

2. Pendermaan Aferesis
Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.

Proses Menderma Darah
Setiap individu yang menderma darah dengan Pusat Darah Negara (PDN) akan melalui proses pendermaan seperti berikut:

· Mengisi borang PDN3/2000/Pin. 1 atau 2. Sebarang keterangan atau bantuan mengisi borang ini boleh diperolehi daripada kakitangan PDN yang bertugas
· Menjalani pemeriksaan darah untuk tahap kepekatan sel darah merah (paras hemoglobin) dan mengenal pasti kumpulan darah ABO.
· Melalui sesi soal selidik atau kaunseling pra-pendermaan untuk mengenal pasti sebarang masalah perubatan dan tahap risiko penderma.
· Penderma yang layak menderma akan menjalani proses pengambilan darah (phlebotomy).
· Setelah selesai proses pengambilan darah, penderma akan diberikan sedikit makan dan minuman ringan.

Penyimpanan dan Kegunaan Darah
Darah yang didermakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis produk atau komponen:
1. Sel darah merah – whole blood, packed red cell, buffy-coat poor red cell, filtered red cell.
2. Plasma – fresh frozen plasma, cryosupernatant, cryoprecipitate
31. Platelet – random platelet concentrate, apheresis platelet

Setiap produk atau komponen darah ini mempunyai cara penyimpanan dan kegunaan yang berbeza. Antaranya:

1. Darah yang telah melalui ujian saringan dan telah diproses kepada sel darah merah, platelet dan plasma akan disimpan mengikut jenis darah, kumpulan darah ABO dan tarikh luput masing-masing.
2. Sel darah merah perlu disimpan pada suhu 2oC – 6oC dan boleh bertahan selama 35 hari.
3. Plasma perlu disimpan pada suhu -30oC dan boleh bertahan selama 2 tahun.
4. Platelet perlu disimpan pada suhu 20oc – 24oC dan perlu sentiasa digerakkan (agitated).Jangka hayat platelet hanyalah 5 hari daripada tarikh pendermaan.

Setiap produk atau komponen darah ini ada kegunaan masing-masing:
1. Whole blood – unit darah yang didermakan yang tidak menjalani proses pengasingan. Digunakan untuk kes-kes seperti pesakit yang kehilangan darah akibat kemalangan dan untuk pertukaran darah (Exchange Transfusion, ET) bayi akibat jaundis neonatal yang teruk.
2. Sel darah merah – untuk masalah kekurangan hemoglobin (anemia) seperti penyakit buah pinggang dan panyakit kanser.
3. Plasma – kes-kes pendarahan semasa bersalin, lecur akibat kebakaran, pendarahan akibat kerosakan hati.
4. Platelet – untuk penyakit-penyakit kekurangan platelet seperti demam denggi dan leukemia.