Friday, January 27, 2012

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (Hand Foot and Mouth Disease - HFMD)

Hari ni aku dapat tahu anak sedara aku kena tahan lak kat Pusrawi sebab penyakit HFMD nie.. (Dun wori, semua ditanggung oleh Perodua! ngeh3.. Thank you Perodua!)

Sini aku share skit info yang aku dapat dari internet gak..

Penyakit kaki, tangan dan mulut ini (HFMD) disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai Coxsakie virus A. Biasanya kanak-kanak yang terkena penyakit ini akan mengalami kesan kemerah-merahan dan kadang-kadang gelembung kecil yang mengandungi cecair pada bahagian tapak tangan, tapak kaki atau pada bahagian lutut, siku atau punggung. Kesan sebegini boleh juga terdapat pada bahagian tubuh lain tetapi selalunya tidak kerap kelihatan. Di samping itu terdapat ulser pada bahagian mulut samada pada lidah, bibir dalam ataupun lelangit mulut.

Ulser pada lidah pada pesakit HFMD



Biasanya kanak-kanak yang diserang penyakit ini tidak megalami demam yang kuat dan aktif seperti biasa, cuma ulser pada bahagian mulut menyebabkan kanak-kanak ini kurang menyusu atau makan disebabkan sakit apabila terkena sentuhan.

Kesan HFMD pada tapak tangan

Kesan penyakit HFMD pada bahagian kaki dan tapak kaki

Kesan pada bahagian tangan dan kaki ini akan hilang dalam masa 5 hari ke seminggu. Namun begitu jika terdapat demam yang tinggi, tidak aktif atau tidak mahu menyusu langsung maka perlulah membawa mereka berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Rawatan bagi penyakit ini adalah secara simptomatik sahaja. Ubat demam dan ubat untuk megurangkan sakit ulser mulut biasanya diberi kepada pesakit ini.

Penyakit ini boleh disebarkan melalui sentuhan maka adalah perlu untuk kanak-kanak yang terkena panyakit ini diasingkan daripada kanak-kanak lain sehingga mereka sembuh. Disamping itu penjagaan kebersihan seperti membasuh tangan perlu bagi mengurangkan transmisi penyakit ini.

Sunday, January 22, 2012

Dilema PRU 13

Pilihanraya mungkin diadakan bila2 masa aje.. Paling lewat ada setahun aje lagi hingga March 2013. Nampaknya berat juga nak buat keputusan nih.. hihihi.. aku bukannya pengundi atas pagar tau.. aku dalam dilema dalam buat keputusan lain aaa..

Aku dah bermaustation/tinggal di Kota Bahru, Kelantan, ikut Mykad kena kawasan mengundi di Johor Bahru.. Husband lak Mykad alamat KL tapi dapat mengundi di Lundang, Kota Bahru. Aduihhh.. macamana nie?? Bukan pelik tempat mengundi berbeza dengan Mykad tapi macamana hari mengundi nanti? Patut ke aku travel ke JB semata2 untuk mengundi sebab husband aku kata pergilah mengundi tapi anak2 tinggal di Kota Bahru.. aduihhh! serba salah lah pulak.. takkan lah nak tukar alamat Mykad pulak?! camne nie?? Tak mengundi rasa rugi giler! rasanya mcm terpaksa kena tukar lah alamat Mykad nie.. tapi.. adehhh.. adehh.. lepas berjaya mengundi di Kota Bahru, tukar balik alamat JB semula.. ngeh3.. boleh gitu?? dapat 3, 4 juta mcm citizen aku ni mau pening komputer JPN! ngeh3..


Oh ya.. Kekawan, jangan lah kata SPR sesuka tukar tempat mengundi pulak ye??! Sebab masa zaman muda2, husband (kelahiran Kelate) mula register dengan SPR guna IC lama gambar muka pun masa umo budok sekolah menengah (ala.. yg laminate plastic kertas color biru tu.. yg handwriting guna tulisan tangan tu laa)!!

Ni la IC lama tu..

Bila kerajaan gesa tukar jenis IC lama ke Mykad, encik husband pun tukar ler.. tapi dia letak alamat rumah KL je (ye laa.. masa tu lak dia dah besau panjang, dah ada umah sendiri 2, 3 bijik).

Ni versi IC lepas IC plastik tu (contoh aje)...

Encik husband lak malas nak report kat SPR dia tukar alamat sebab dia pun dah planning nak bermaustatin semula ke tempat asal. itulah puncanya tempat mengundi tak sama dengan IC a.k.a Mykad!

Mykad versi pertama (kiri) & Mykad terkini/terbaru (kanan)

Sunday, January 15, 2012

Life is so Beautiful..


Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan perjalanan, nikmatilah.
Hidup adalah tantangan, hadapilah.
Hidup adalah anugerah, terimalah.
Hidup adalah pertandingan, menangkanlah.
Hidup adalah tugas, selesaikanlah.
Hidup adalah cita-cita, capailah.
Hidup adalah misteri, singkapkanlah.
Hidup adalah kesempatan, ambillah.
Hidup adalah lagu, nyanyikanlah.
Hidup adalah janji, penuhilah.
Hidup adalah keindahan, bersyukurlah.
Hidup adalah teka-teki, pecahkanlah.

Saturday, January 14, 2012

Kejutan MAS di KLIA!

video

Passengers arriving at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) on Saturday, 14 January 2012 were greeted with a flash mob as they made their way out of the Arrival Hall on Level 3. Much to the delight of unsuspecting onlookers, plus the odd stare in disbelief, visitors at KLIA witnessed some 100 singers and dancers break into spontaneous entertainment as part of Malaysia Airlines' special flash mob event held to welcome the New Year with a bang.

Themed 'Missing You', the flash mob at the Arrival Hall lasting 10 minutes featured a fun medley of eight popular hit songs in various languages.

The event kick-started with Malaysia Airlines' theme song "We fly" followed by Janet Jackson's racy track 'Miss You Much' to set the tone for the flash mob in which a young man with a guitar in hand walked up to his girlfriend and suddenly broke into a song and dance. This was immediately followed in another corner of the Hall by a supposedly heart-broken young man belting out Rahim Maarof's hit 'Istana Menanti' backed by a group singing acapella echoing his emotion. Soon after, the melodious sounds of popular Hindi tune 'Aankhein Khuli' from the movie Mohabbatein filled the air.

'My Boyfriend's Back' showcased a group of guys returning from holiday only to be greeted by an enthusiastic group of girlfriends. Next was Richie Ren's version of 'Lang Hua Yi Duo Duo' sung by a group of Chinese tourist lads, complete with group leader waving a flag, on their way out of the Arrival Hall door. Saving the best for last, the flash mob continued with hits 'Rindu', 'Balik Kampung' and 'Signed, Sealed, Delivered,' featuring Malaysia Airlines cabin crew in full uniform.

The 'Missing You' flash mob finale was a 200-strong group performance of 'Akan Datang' which had the audience clapping and cheering on the performers.

Flash mob is a new trend worldwide involving a sizeable group of people who, out-of-the-blue, break into a dance act at a public place, for just a brief time, and disperse into the crowd as soon as it ends.

Malaysia Airlines' flash mob was put together with the talents from Kit Kat Klub a subsidiary of Enfiniti Vision Media, Malaysia Airlines staff & family, students from Unisel and renowned Malaysian professional dance choreographer Pat Ibrahim of Puteri Gunung Ledang, P. Ramlee and The Secret Life of Nora musicals fame.

Berita Baik!



(99) حَتَّى إِذا جاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قالَ رَبِّ ارْجِعُونِ َ
Hingga kelak bila maut telah datang kepada masing-masing mereka, dia akan berkata: Tuhanku; kembalikan sajalah aku ke dunia.

(100) لَعَلِّي أَعْمَلُ صالِحاً فيما تَرَكْتُ كَلاَّ إِنَّها كَلِمَةٌ هُوَ قائِلُها وَ مِنْ وَرائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلى يَوْمِ يُبْعَثُونَ َ
Supaya aku kerjakan amal yang shalih, yang dahulu telah ku­tinggalkan. Tidak sekali-kali! Itu cuma kata-kata yang diucapkan­nya saja. Sedang di belakang mereka telah ada barzakh (din­ding pembatas), sampai kelak kepada hari mereka akan di­bangkitkan...

Mana berita baiknya?

Berita baiknya.. kita masih bernyawa!

Ayuh bangun kerjakan solat dan beristighfar dan berselawat..

Jangan tunggu esok hari kerana mungkin esok kita telah menjadi seperti mereka yang disebutkan dalam ayat di atas..