Tuesday, January 10, 2012

Anak Asset ke Syurga atau Neraka?



Kata-kata sebuah hadis Rasullah (s.a.w) "Setiap anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapa lah yang bertanggungjawab menjadikan anak-anak itu Yahudi, Majusi atau Nasrani."

Ini jelas menunjukkan ibubapa lah yang menentukan akidah anak-anak. Bila datang persoalan setiap anak-anak bermasalah, mereka akan menyalahkan ibu bapanya tidak mendidik mereka. Realitinya ramai ibu bapa tertekan sengsara dan memendam rasa atas tindak tanduk dan kata-kata anak mereka sendiri.

Wahai ibu bapa.. pada hari ini, anak-anak nampak agama itu kecil, maka tanggungjawab ibu bapa bagi anak-anak nampak agama itu besar! Kalau lah ibu bapa meninggaldunia, adakah anak-anak kita sendiri akan berdiri beratur untuk memandikan, mengkafankan & menyembahyangkan kita??!


Ya Allah, jangan lah kau tarik nyawa ibu bapa ku sebelum aku belajar menguruskan jenazah.

Rasulullah (s.a.w) telah memberitahu kita bahawa apakala mati seorang anak Adam, maka terputuslah dia dari mendapat sebarang kebaikan dari dunia kecuali 3 perkara yg menguntungkannya dalam alam kubur dan akhirnya di akhirat kelak; iaitu: pertama, amal ibadah yg dikerjakannya sepanjang hidupnya; kedua, sedekah jariah termasuklah wang atau harta yg dibelanjakannya untuk infaq fi sabilillah; dan ketiga, anak-anak yg soleh dan solehah yg sentiasa mendoakan kebaikan atau kesejahteraan atasnya, semasa mereka masih hidup.

No comments:

Post a Comment