Wednesday, January 11, 2012

Apa dah jadi dengan perkhidmatan Poslaju?



Aduihhh!! Ni bukan kali pertama mereka lewat..
Lagipun aku bukannya tinggal di pendalaman Sarawak!
Bila diumumkan naik kos perkhidmatan, aku nak protes tapi bila difikir2kan..
mm.. takpelah naik skit sebab memang dah bertahun2 tak pernah naik
& aku harapkan juga mereka boleh pertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka.
Tapi hampeh! Kalau aku gunakan pos parcel ke lain la!
Ni aku bayar harga untuk poslaju, tapi servis taklah selaju mana..

Dulu dah pernah tanya dengan penghantar Poslaju sendiri,
mereka kata tak cukup kenderaan sebab kenderaan kena hantar Puspakom.
Kali kedua lewat, bukan aku yg sambut..
Last week ada brg lewat, alasannya van hanya ada 1 untuk cover seluruh
Kota Bahru. Van yang ada tu semalam busy hantar area Pengkalan Chepa!
What?!! Apa dah jadi nie? Walaupun Kota Bahru tak lah sesibuk Kuala Lumpur
tapi Pos Malaysia patut usahakan sesuatu untuk mengatasi masalah ini.

Minggu ni sekali lagi berlaku! arrgghh.. customer dah call banyak kali
dah tak tahu nak cakap apa dah.. tu tak termasuk customer cancel order!
Barang sepatutnya sampai semalam tapi tak sampai2..
Hari ni pun tak sampai jugak.. aduihh..



No comments:

Post a Comment